Tuesday, November 26, 2013

terlupa .. kononnya

ohh ..



aku ada blog rupanya ..










pffftt~

Tuesday, March 13, 2012

"_____ like this"

tak habis2 lagi pasal isu facebook .. ahahaha

sebelum ni, aku dok bebel2 pasal "status facebook ibu2 yang excited", kali ni aku nak bebel pasal apa pulak? pasal "LIKE" ..



pernah tak terjadi pada korang, ataupun korang ternampak kat home/feed - status tentang sesuatu yang .... agak "kurang best" - seperti pengkhabaran tentang terjejasnya kesihatan, kemalangan, masuk hospital ataupun kematian - tapi ada orang gi "LIKE" status tu?

aku bagi contoh status2 tu aa ek ..

"warded @(nama hospital) .. sesak nafas teruk semalam"

"dukacita dimaklumkan bahawa - sahabat kita iaitu (nama sahabat tu) & keluarganya telah terlibat dalam kemalangan jalanraya membabitkan sebuah motosikal di (nama tempat)"

"(ahli keluarga) telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang kelmarin .. al Fatihah~"

3 kat atas ni antara contoh yang aku dapat fikirkan pukul 3.30 pagi ni aa .. +contoh2 ni ada jugak kita nampak kat home/feed kita kan? tapi ada pulak manusia yg pergi "LIKE" kat status tu .. so aku macam agak .. hairan .. rasa macam agak .. aneh ..

entah eh .. mungkin benda ni "kecik aje" kot .. but still - aku masih rasa macam .. "kurang sesuai" aa kot kalau kita nak "LIKE" perkara2 macam tu .. okay, mungkin aa manusia2 yang "LIKE" tu tekan "LIKE" sebagai tanda "terima kasih sbb beritahu" .. tapi kan lebih sopan kalau kasi comment kat status tu+cakap je direct - "terima kasih sbb beritahu" atau "Al Fatihah" atau "Innalillah" atau "semoga cepat sembuh"; instead of tekan "LIKE" .. eh?

kadang2 tu kita ambil berat .. kita concern .. tapi mungkin boleh jadi .. insensitive - walaupun kita berniat baik sebenarnya ..

aku tak tahu aa apa perasaan atau apa yang bermain kat fikiran orang yang buat status macam tu, tapi di"LIKE" pulak oleh kawan2nya .. belum pernah lagi kena kat aku - sebab setakat ni tak pernah pulak ada apa2 yang tak best terjadi kat diri/family aku (Nauzubillah!) - kalau jadi pun, mungkin aku takkan share kat facebook aa kot .. tapi sebagai pemerhati dari jauh, benda ni ("LIKE" kat status yang "tak sepatutnya") agak2 membuatkan aku angkat-kening-sebelah-ala2-ziana-zain aa jugak ..

entah ..

Thursday, February 02, 2012

status facebook ibu2 yg excited

sebenarnya .. aku dok aa fikir2+timbang2 .. patut ke tidak aku post entry pasal benda ni .. sebab mungkin aa ada pihak yg akan terasa hati, tak puas hati, ataupun anggap perkara ni sebagai serangan peribadi .. adehhh .. entah aa ..

but lately - aku ada terperasan macam ada satu trend kat facebook nun .. actually, bukan trend aa .. lebih kepada "penyakit" kot

mohon melapangkan dada (fikiran+perasaan) bila membaca entry ini .. sebab mungkin aa ianya isu sensitif kepada beberapa pihak

ok .. apa yg aku nak cakap kali ni adalah tentang "ibu mengandung", "ibu beranak", "ibu menyusu" & "ibu yg excited" ..

sebagai seorang yg belum berkahwin, mungkin aa kan aku tak faham - "kenapa?" .. aku cuba untuk faham - seriously mencuba - tapi aku masih tak faham jugak .. kenapa eh?


BAB 1 - IBU MENGANDUNG
ada ibu2 yg mengandung yg sangat hyperactive+excited bila mengandung .. so apa yg mereka buat?

- upload gambar scan baby dalam perut
- setiap hari update perkembangan baby (menendang, menendang & menendang sekali lagi)
- update apa yg mereka mengidam nak makan/minum
- merengek pasal sakit belakang, sakit pinggang, etc

ok .. aku tak pernah mengandung (d'uh!) - so aku macam tak faham .. +aku tak tahu apa perlunya update+share itu semua kat facebook .. nak share kegembiraan itu barangkali? entah ya .. sebab aku ni macam jenis2 "tradisional" sikit (ayat berlapik untuk "kolot") - yg mana - aku berpegang kepada pesan orang2 tua supaya jangan terlalu excited & mengkhabarkan kepada seantero alam bila kita mengandung .. tak pulak aku bertanya kat orang2 tua yg cakap macam tu tentang "kenapa?" .. tapi rasanya ada aa tu kot sebabnya ..

+Alhamdulillah - setakat ni tak ada lagi orang dalam friendlist aku yg upload gambar perut memboyot kat wall mereka .. ahahaha .. tapi ada ke yg buat camni? ada aa kot .. entah ya .. lagi sekali - pendapat peribadi aku - tak perlu aa sampai ke tahap ambik gambar perut (maksud aku - "bare" - perut, tanpa baju) .. sebabnya - sama2 tahu, sama2 faham aa kan ..

entah .. kalau ada orang dalam friendlist aku buat macam ni, harus aa jugak aku unfriend malam ni jugak!

dalam hal ni - aku sangat respect+mengagumi sorang kawan lama aku yg sangat aa "berahsia" tentang hal ni .. aku tau dia mengandung pun - beberapa minggu sebelum dia nak bersalin .. itu pun melalui 1 saja entry blog dia .. & bila dah settle - dapat sms - update pasal keadaan dia+baby .. so sangat aa respect kat kawan aku ni


BAB 2 - IBU BERANAK
yg ni lagi satu hal aa .. percaya tak - sebenarnya ada ibu2 yg beranak - yg bergambar kat wad bersalin tu, dengan darah merata2 bagai? pulak tu - siap bergambar dengan anak yg masih belum dimandikan/dibersihkan - & gambar ni pulak diupload ke facebook? +ada satu kes yg aku dengar - sorang ibu ni, belum sempat anak dia dimandikan+dibersihkan, dah pun dikalungkan rantai emas (berukir nama) kat baby tu - diambil gambar - diupload kat facebook masa tu juga .. aneh bukan?

+lagi satu perangai pelik ibu nak beranak bila update status facebook (sempat lagi tu update? adoyai~) adalah - share berapa cm dah "terbuka" .. lepas tu merengek2 sakit dalam status update .. siap cakap nak terb*rak, terk*nc*ng bagai .. iskk .. perlu ke? kot ya pun nak update status disaat genting tu - kan lebih elok kalau saling memohon kemaafan+doa daripada kawan2 - kot aa ada apa2 yg tak baik yg terjadi kan? berkat doa - Insya`Allah - semuanya akan lancar+selamat .. adoyai~ tak faham aku


BAB 3 - IBU MENYUSU
yg ni lagi satu benda pelik - upload gambar botol2 susu dalam peti ais hasil daripada breast pump - setiap hari+setiap kali .. kadang tu siap details lagi hasil pump dapat berapa ml bagai+siap gambar botol2nya sekali .. aduhhhh~ gamaknya nak celen lembu2 new zealand kot dalam penghasilan susu paling banyak sekali pump .. pffftt~

ataupun lagi satu contoh - ambil gambar masa tengah breastfeed, pastu upload kat facebook .. eh .. yg ni kan .. yg ni .. adoyai~ tak tau aa nak cakap camne lagi ..


BAB 4 - IBU YG EXCITED
well - nak cakap lagi sekali - aku belum kahwin, so takde aa anak bagai .. tapi aku ada anak buah sorang .. so aku macam faham aa jugak camne rasa excitednya bila ada ahli baru dalam family .. dalam blog lama pun - aku selalu share pasal anak buah aku tu, gambar2 dia bagai .. +sekarang kat facebook pun, aku masih seronok cerita pasal perkembangan anak buah aku tu .. tak tau aa orang menyampah ke tidak - tapi ada aku kesah?

tapi - aku nak cakap pasal gambar aa sebenarnya .. share gambar .. setiap hari .. +kadang2 tu dalam sehari, beberapa kali .. sekejap gambar tengah minum susu .. sekejap gambar tengah tidur .. sekejap lagi gambar peluk2 bagai .. aduhhh~

ehhh .. aku faham aa yg ibu2 itu sangat excited .. aku yg ber-anak-buah ni pun excitednya satu macam, mungkin aa ibu2 ber-anak sendiri tu excitednya boleh jadi lima enam macam .. tapi kan .. bayangkan kalau dah sampai ke tahap "terlalu kerap" - rasa macam .. eh?

ok .. mungkin aa nak share dengan adik beradik, mak ayah, mertua, mak pak saudara, tok nek bagai yg ada kat facebook tu kan .. ye la, mungkin tak duduk serumah ke apa .. jarang berjumpa ke apa .. so macam - agak2 tu boleh aa jugak difahami ..

tapi cuba bayangkan kalau ada (contohnya) 30 keping gambar - baby tengah tido .. posisinya semua sama - cuma baju dalam setiap gambar tu je yg lain2 .. macam - eh? tak ke pelik? perlu ke? at least - variasikan aa gambar tu kot ye pun nak share kan?

ataupun mungkin ada ibu2 yg jadi excited tujuh lapan macam bila nak share gambar baby bila kawan2 dok aa puji "comelnya", "cutenya" ataupun "macam muka ko aa!" .. ahahaha .. ooppppsss~!

anyway - kalau cuma untuk berkongsi, takpe aa kot .. cuma kalau niatnya untuk bermegah ataupun menunjuk2, tu yg rasa macam kurang best kan? sbb walaupun anak tu anugerah, tapi dalam masa yg sama - mereka juga ujian .. +yg pastinya, itu semua pinjaman ..

tapi .. mana aa kita nak tau kan - apa niat orang lain sebenarnya .. ahahaha



aku harap takde aa yg terasa or tersentap dengan entry ni .. sbb seriously - aku perhatikan+selalu terfikirkan pasal benda ni .. tentang makna "malu"+"rahsia" .. sbb kat facebook tu - bukan semua benda kita perlu+boleh share .. kena berpada2 juga .. contohnya macam - kalau aa kita upload gambar kita tengah mandikan baby, & baby tu pulak naked (yelah, mandi kan) - bayangkan kalau baby tu nanti dah besar .. dia pun tahu malu jugak kan? dia pun ada maruah juga ..

+lagi satu .. kena ada batas .. kita - dalam hidup ni - kena tahu batas kita .. sbb tak semua apa yg kita buat - orang akan suka atau boleh terima .. kalau dapat pulak jenis yg hipokrit, lagi aa naya .. kalau dapat jenis yg menyebar gambar2 atau status2 kita tu - laaaaaaaaagi aa naya .. lagi naya - kalau benda2 yg kita buat tu sebenarnya menyalahi hukum2 agama .. faham2 sendiri aa kan .. adoyai~

entah .. aku pun baru je lepas hidekan semua status2+gambar2+video2 kat facebook aku tu .. mungkin aa ada beberapa yg aku terlepas pandang .. sbb aku fikir - orang akan menilai semua itu .. kita tak boleh tarik balik apa yg kita dah cakap dalam status, ataupun apa yg kita dah upload (gambar+video) .. mungkin apa yg aku dah buat selama ni kat facebook tu ada yg memalukan diri sendiri, ataupun family aku .. harap2 masih belum terlambat aa untuk aku "berubah" dalam hal ni .. sigh~

cuma aku masih excited nak update status tentang dialog antara aku dengan anak buah aku tu .. ahahaha .. sbb kekadang tu rasa macam perkembangan dia macam menarik .. entah ya? as long as benda tu tak memalukan or menjatuhkan maruah dia (anak buah aku yg kini berusia 3 tahun) - rasanya ok je kot .. ataupun mungkin 1 day aku akan berhenti update semua itu .. hmmm ..

Thursday, September 01, 2011

perindu mati yg mendamba hidup ..

ummm .. pernah tak korang terfikir .. situasi yg macam - orang yg hidup terlalu "menginginkan" kematian .. orang2 yg mungkin menghampiri kematian pulak, berusaha segalanya untuk terus hidup? kekadang tu aku rasa macam pelik aa jugak .. bila orang2 yg sihat tubuh badannya (sihat fizikal aa; BUKAN mental) - buat "benda2 pelik" yg membahayakan diri sendiri, mencederakan diri sendiri, atau yg lebih teruk - percubaan untuk .. u know .. bunuh diri .. tapi orang yg terlantar sakit tenat pulak - sanggup berhabis puluh2 atau ratus2 ribu untuk ubat+rawatan untuk kembali pulih .. untuk terus "hidup" .. pelik kan?

ni kalau mak aku terbaca intro entry ni - mesti dia jadi risau yamahat .. pastu sure aku kena bebel2 bagai .. ahahaha .. adoyai~

intro yg agak poyo kan? sebenarnya aku nak citer pasal satu manga yg aku tengah follow sekarang ni .. "Suicide Island" by Jisatsutou (2008) ..



setakat entry ni - baru kat chapter 33 .. kiranya masih baru jugak lagi aa kan .. release pun tahun 2008 .. status : ongoing ..

ok .. manga ni secara asasnya citer pasal kes suicide yg semakin menjadi2 kat negara jepun .. bagi percubaan untuk "menyelamatkan" para pembunuh diri sendiri ni - kerajaan jepun terpaksa habiskan banyak duit (kos yg tinggi) untuk menyelamatkan mereka2 ni .. pastu pulak - para pembunuh diri ni ada yg banyak kali cuba nak mati .. tapi tak aa mati2 jugak .. agak2 macam kerajaan jepun "give up" aa kononnya untuk terus habiskan duit yg banyak untuk mereka2 ni aa kan ..

so - untuk elakkan daripada mereka2 yg "berjaya diselamatkan" atau "tak berjaya membunuh diri" ni daripada cuba untuk bunuh diri lagi lain kali, mereka akan diberikan "option" .. nak "hidup", atau nak "mati"?



kalau mereka pilih nak "mati", mereka akan dicampak ke satu pulau terbiar yg dinamakan "Suicide Island" .. pastu hak warganegara mereka ditarik balik, mereka takleh tinggalkan pulau tu .. ikut suka mereka aa nak buat apapun kat situ ..



so .. manga ni citer pasal keadaan mereka kat pulau tu aa .. ada yg sampai2 je terus bunuh diri .. tapi yg menarik perhatian aku ialah - ada antara mereka yg bila dah sampai kat situ - beriya2 pulak tak nak mati .. mencari+mencuba pelbagai cara untuk terus survive .. pelik tak?

disebabkan pulau tu pulau terbiar - maka jadi aa benda2 yg jarang kita dapat tengok ataupun mungkin tak pernah terfikir .. tempat dimana tak ada undang2, tak ada batas, tak ada siapa pun yg berkuasa - kebebasan mutlak .. dapat aa tengok perangai2 manusia yg agak2 tak bertamadun .. boleh buat apa saja - dan alasan yg digunakan - "akan mati jugak anyway" .. & jugak "kenapa beriya2 nak terus hidup sedangkan sebelum ni beriya2 nak mati sangat?"

anyway - "watak utama" manga ni adalah Sei .. segala yg jadi kat pulau tu diceritakan dari pandangan+fikiran+diri Sei tu aa .. sepanjang manga ni - ada aa diceritakan kenapa dia nak mati .. kenapa orang lain (dalam group dia) pun pilih untuk mati .. "reason" .. konflik dalaman .. "alasan" .. kenapa ..

setakat ni - ok je aa kot baca manga ni .. cuma nak kena tunggu lama untuk keluar chapter baru .. bagi aku ok aa - sbb macam yg aku kata kat intro tadi - aku rasa macam pelik .. mungkin dengan baca manga ni - boleh faham something .. kot .. harapnya .. kot .. ummmm

mungkin dengan baca manga ni - kita leh selami fikiran+perasaan mereka2 yg ada niat ataupun pernah terlintas dalam hati untuk bunuh diri .. ye aa kan .. kadang tu kita nampak orang tu macam normal .. maybe selama ni kita ambik mudah pasal beberapa perkara yg mungkin bagi kita macam kecik je .. tapi kesannya bagi orang lain mungkin besar .. betapa kita sendiri tak sedar atau kurang peka terhadap mereka2 yg ada disekeliling kita - bila kita baru nak tersedar, mungkin masa tu dah terlambat ..

kalau ada yg berminat nak baca, baca aa .. memang menarik .. +korang akan rasa macam pelik aa jugak .. mungkin akan menyebabkan pengerutan dahi atau raise kening sebelah ala2 ziana zain masa baca manga ni .. ahahaha

AMARAN : untuk orang2 yg lemah semangat atau cepat rasa macam geli2/loya2 kalau tengok image orang yg cuba bunuh diri - takyah aa baca kot .. sbb ada aa beberapa part yg tunjuk kesan/impact bunuh diri tu (contoh : badan patah riuk, darah2, mata macam nak terkeluar, etc)

Sunday, August 28, 2011

bila semakin ramai manusia yg "tewas" ..

mental .. gila .. psiko .. mereng .. senteng .. 3 suku .. antara istilah yg biasa kita dengar/baca ntok menggambarkan orang yg mungkin dah hilang kewarasan .. tak kesah aa suku, separa ataupun dah sepenuhnya hilang kewarasan tu ..

apa yg agak menghairankan & agak menyedihkan - bila perkara ni jadi seakan "taboo" dalam masyarakat kita .. orang kita ..

orang yg "ada masalah" awal2nya akan rasa "malu" atau "takut" nak seek help .. sbb typical pemikiran orang kita - kalau jumpa pakar sakit jiwa je - akan terus dilabel "gila" ..

bukan semua orang mampu handle stress, depress .. dan bila kemampuan tu hilang - mungkin masa tu dah terlambat ..



masa aku belajar dulu aa kan - lecturer aku ada cakap .. yg dalam beberapa tahun akan datang - peratus orang yg .. errr .. "gagal dalam handle stress/depress" (cakap berlapik) ni akan bertambah .. dan masa aku belajar dulu jugak - ntok final project - aku buat tajuk "suicide" .. dan hasil research aku masa tu - katanya dalam tempoh 5 tahun akan datang (tambah tolak - kiranya sekarang ni aa) - jumlah kematian disebabkan bunuh diri akan bertambah berkali ganda ..

iklan : aku telah dirujuk ke kaunselor disebabkan tajuk final project tu .. adehh!

apa yg aku nak cakap kat sini sebenarnya sekarang ni - bukan pasal subject psychology .. tapi pasal .. ummm .. bebape berita yg sejak sebulan ni rasa macam kerap je keluar ..

sekarang ni masih dalam bulan ramadhan - masa aku taip entry ni aa kan .. "sepatutnya" - dalam bulan ramadhan ni - bukan je setakat menahan lapar & dahaga .. semua orang pun tau basicnya, kan? tapi itu aa .. tau je tak cukup .. tau - tak semestinya faham .. faham - tak semestinya laksana/aplikasikan .. itu aa ..

tengok je tajuk berita sejak akhir2 ni .. pasal camne manusia "tewas" kepada perasaan ..

Cincang Nenek Suruh Masak Nasi - Harian Metro 26 Ogos 2011
Oleh Junaidi Ladjana

TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya di Kampung Melalap di sini, kelmarin.

Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah berhampiran.


Belasah Kerana Sudu - Harian Metro 27 Ogos 2011
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

GOMBAK: Hanya kerana terlambat memberi sudu, seorang pekerja sebuah restoran di Dataran Selayang, di sini, cedera di mulut, muka dan kepala selepas dipukul seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin.


Dituduh cuba sembelih anak - Kosmo 25 Ogos 2011
Oleh Manirah Othman

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa yang bertindak kejam dengan cuba menyembelih anak sendiri diheret ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cubaan membunuh.

Tertuduh, Shahli Harun, 42, dari Kampung Guar Jumaat, Gurun, Kedah bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang kontraktor dituduh cuba membunuh anaknya, Puteri Intan Syazwani, 4, dengan menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di leher.


Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung - Harian Metro 26 Ogos 2011

KUALA LUMPUR: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin.

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.


Tumbuk Bini - Harian Metro 24 Ogos 2011
Oleh Suraya Roslan

SEREMBAN: Hanya kerana meminta wang untuk membelikan baju raya bagi anak-anaknya, seorang suri rumah patah tulang hidung ditumbuk suaminya dalam satu kejadian di kediaman mereka sekitar Ampangan di sini, Ahad lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 40-an itu ditumbuk bertubi-tubi oleh lelaki berusia 30-an yang tiba-tiba naik berang selepas wanita berkenaan meminta duit.


Pemandu Teksi Cekik Wanita - Harian Metro 26 Ogos 2011

GOMBAK: Seorang pemandu teksi sanggup memaki hamun, mencekik, menarik rambut dan memukul seorang wanita gara-gara ditegur supaya mengalihkan kenderaannya yang diletakkan di tempat letak kenderaan khas milik sebuah premis di Sunway Batu Caves, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai pengurus premis itu dan berusia 34 tahun meminta lelaki terbabit mengalihkan teksinya kerana sebuah lori akan datang untuk mengambil barang.


Abang ipar cantas kaki - Harian Metro 19 Ogos 2011
Oleh Shahrul Nizam Mohamad

PEKAN: “Saya tak sangka Pak Ngah tergamak menetak ayah (sampai mati) hanya kerana berebutkan tanah sawah yang luasnya tidak seberapa itu.

“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi melihat mukanya kerana disebabkan dia, kami sekeluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan sedih dan pilu tanpa ayah.”


Belasah isteri waktu sahur - Harian Metro 13 Ogos 2011
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

PETALING JAYA : Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin.

Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan.


cukup aa kot eh? tu antara kes yg keluar dalam surat khabar masa bulan puasa ni .. walaupun aku agak2 macam "aperkah?" sket sbb berita2 camni banyak keluar kat surat khabar nan satu tu je .. hmmmm ..

btw - kalau korang tengok kes2 kat atas ni - rasanya hampir semua berpunca kerana marah .. baran .. kegagalan untuk mengawal kemarahan & ke-panas-baran-an tu ..

ntah ye .. mungkin ada sebab atau faktor lain .. macam selama ni dok sabar je, diam je, tak lawan balik .. tapi sekali meletup - abeh lebam2, patah riuk, sampai berbunuh2 bagai

memang ntah aa .. ada orang yg sedar diri dia ada "something wrong somewhere" .. ada orang yg langsung tak sedar .. kalau nak cakap pasal ni - rasanya entry ni akan jadi sangat aa panjang .. memang akan sangat panjang & mungkin kena buat entry yg bersambung2 kalau bebetul nak halusi .. tapi rasa macam letih aa pulak nak analyze bagai (boleh?) .. so kesimpulannya :

kalau korang ada rasa2 macam "ada masalah", rasa macam ada "something wrong", ataupun korang tersedar yg korang macam cepat rasa letih, senang nak rasa marah+susah nak kontrol kemarahan tu - please .. seek help .. kalaupun "malu" atau "takut" nak jumpa pakar sakit jiwa sbb risaukan labelan orang2 kita - jumpa aa orang2 yg berilmu agama .. ataupun masih rasa malu jugak? kembali aa kepada agama .. itu basic ..



yeah - maybe senang ntok aku cakap itu ini bagai bagai .. tapi seriously - rasa macam makin risau+takut je tengok tajuk2 berita sekarang ni .. korang tak takut ke? cuba bayangkan kalau korang gi makan kat restoran - tetiba je ada pelanggan yg mengamuk bagai libas2 pisau ke apa .. ngeri tak?

aku tak nak aa hidup dalam paranoid ataupun ketakutan tak terpasal2 .. risau yg berpada2 aa kan .. but still .. (ok - ayat tergantung)

kalaupun bukan korang yg "bermasalah" - tapi orang2 kat sekeliling korang yg "bermasalah" - cuba aa bawak mereka jumpa orang2 yg sepatutnya .. cuba ubati sebelum semakin parah .. sebelum jadi barah ..

"sakit" yg ni bukannya leh sembuh ngan sapu minyak angin atau tampal koyok atau telan panadol .. ia pasal jiwa .. yg di dalam tu .. adoyai~ ntah aa .. aku tak reti sebenarnya nak cakap pasal ni lagi .. sbb dah lama tak upd8 benda yg serious kan? ahahaha ..

mohon dapatkan pertolongan segera, ok? takmo aa kita/ahli keluarga kita "tewas" macam tu - either dipihak mangsa ataupun pemangsa ..